16 June 2013

Ohsenyum : Orang Tua Pecah Rekod Dunia Angkat Berat


Seorang warga emas berusia 91 tahun telah memecahkan rekod dunia angkat berat dengan bebanan mencecah 85 kilogram iaitu 23.5 kilogram lebih berat berbanding rekod yang dicatatkan sebelum ini.




Lelaki itu, Sy Perlis telah melakukan rekod tersebut pada Kejohanan National Bench Push-Pull Press and Dead Lift semalam.Akhbar Arizona Republic melaporkan bahawa rekod yang dicatatkan sebelum ini pada tahun 2005 melibatkan peserta berumur 90 tahun yang telah mengangkat bebanan seberat 61 kilogram.

Rekod itu bertahan selama lapan tahun. Perlis mula melakukan angkat berat apabila mencapai usia 60 tahun. Namun dia tidak menyertai kejohanan itu sehingga lima tahun lalu."Saya mendapat banyak kepuasan dengan melakukan sukan ini. Ia membuatkan saya berasa bagus dan sangat baik untuk diri saya," kata Perlis.Perlis melakukan rutin latihan senaman kardiovaskular dan angkat berat sebanyak lima hari seminggu. -Kosmo 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...