Help Me Pageviews Until 50M

11 June 2013

Ohsenyum : Memiliki Ratusan Hidupan Liar



Polis Thailand menyatakan pihaknya telah menangkap pemilik sebuah kedai binatang peliharaan kerana memiliki hidupan liar secara haram.Menurut polis, mereka menemui beratus-ratus spesies haiwan dilindungi termasuk singa yang jarang ditemui di sebuah gudang miliknya dekat sini.


Seorang pegawai polis, Kolonel Ek Ekasart memberitahu semalam bahawa anggota-anggotanya menemui 14 singa albino dari Afrika, ratusan ekor burung, kura-kura, monyet, meerkat dan beberapa spesies lain.Katanya, sebahagian haiwan tersebut diseludup dari luar negara manakala sejumlah lagi berasal dari Thailand.

Dalam serbuan tersebut, polis turut menemui seekor burung enggang dan harimau bintang yang dilindungi di bawah undang-undang Thai.Kata Ekasart, pemilik kedai binatang peliharaan tersebut, Montri Boonprom-on akan dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki haiwan liar dan bangkai binatang dilindungi.
Lelaki berusia 41 tahun itu boleh dipenjarakan hingga empat tahun jika didapati bersalah.Menurut polis, Montri pernah dipenjarakan sebelum ini kerana terlibat dalam perniagaan haram hidupan liar.-Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...