13 June 2013

Ohsenyum : Lebih Sejuta Barangan Tiruan Dimusnahkan


Pihak berkuasa Perancis memusnahkan lebih sejuta barangan tiruan termasuk beg palsu Hermes dan minyak wangi berjenama dalam satu operasi yang diadakan di seluruh negara itu kelmarin.


Menteri Perdagangan, Nicole Bricq menyifatkan kegiatan itu sebagai jenayah ekonomi yang melibatkan semua sektor, memusnahkan kerjaya dan mengancam pengguna.Bricq turut menghadiri salah satu sesi pelupusan yang diadakan di Chilly-Mazarin, barat Paris.

Bricq berkata, pembuat barangan tiruan mengakibatkan kerugian besar kepada ekonomi Perancis sehingga enam bilion euro (RM25.1 billion) setiap tahun.Barangan tiruan itu turut dimusnahkan di beberapa bandar utama seperti Marseille, Bordeaux, Lyon dan Rouen.
Antara barangan yang dimusnahkan ialah produk jenama terkenal seperti Dolce&Gabbana, Dior, Lacoste, jam tangan Rolex, kasut, telefon dan permainan.Pegawai Perancis memberitahu, hampir 70 peratus daripada produk tiruan itu dibawa masuk dari Asia dan kira-kira satu pertiga daripadanya telah dibeli menerusi jualan di internet. -Kosmo 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...