Help Me Pageviews Until 50M

22 June 2013

Ohsenyum : Keluarga Rahsia Ahmad Dhani


Selama ini ramai tertanya-tanya adakah benar anak yang dilahirkan Mulan Jameela, anggota kumpulan Dewi merupakan anaknya bersama penyanyi dan pemuzik, Ahmad Dhani.Bayi perempuan yang diberikan nama Safeea itu bagaimanapun tidak pernah diakui secara langsung oleh Ahmad Dhani merupakan anaknya.


Bagaimanapun 16 Jun lalu Mulan, Safeea dan Ahmad Dhani dipotret bergambar bercuti bersama di Hong Kong. Apa yang menarik percutian itu turut disertai anak Ahmad Dhani hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Maia.

Gambar ini tersebar apabila penyanyi, Shanty, yang menjadi ‘tour guide’ keluarga Ahmad Dhani di sana memuat naik gambar ini di akaun Twitter miliknya.Nampaknya Ahmad Dhani sudah seakan membiarkan cerita sebenar terbuka sedikit demi sedikit tentang keluarga ‘misterinya’ tanpa perlu mengeluarkan sebarang kenyataan jelas.-mynewshub.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...