28 June 2013

Ohsenyum : Comelnya Mama Hot


Baru-baru ini, sebuah akhbar tabloid tempatan telah memaparkan tentang gambar yang menunjukkan ibu kepada Putra Rayqal ini dalam keadaan yang cukup seksi.Banyak tanggapan yang menyatakan bahawa pelakon ini walaupun telah menunaikan umrah tetapi tetap dengan penampilan seksinya selama ini.


Jelas Nora, gambar yang disiarkan itu adalah gambar lama yang diambil sebelum dia menunaikan umrah baru-baru ini.“Ye, saya akui gambar itu seksi tapi tanggapan orang yang mengatakan saya tidak berubah selepas menunaikan umrah itu tidak benar sama sekali.


“Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan ini bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya-Allah saya akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang nantikan masa yang sesuai.
“Saya tidak mahu nanti ada yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan hati yang ikhlas. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada saya," jelasnya.Bercerita mengenai hubungannya bersama bekas suami, jelas Nora, mereka berdua masih kekalkan hubungan baik yang terjalin selama ini.
“Saya masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas suami demi anak kami. Saya mahu lihat Rayqal membesar dan mempunyai hubungan baik dengan bapanya.“Saya tidak mahu anak saya diterapkan dengan unsur-unsur negatif yang berada di sekelilingnya. Dia sedang membesar jadi saya mengambil keputusan untuk terus berhubung dengan bekas suami," ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Nora kehidupannya sebagai ibu tunggal ketika ini menuntutnya agar lebih gigih dalam mencari rezeki bagi menyara kehidupannya dan keluarga.
“Tahun ini, alhamdulillah saya banyak mendapat kepercayaan penerbit serta pengarah. Saya banyak menerima tawaran untuk berlakon filem dan drama, ini rezeki saya dan Rayqal," kata Nora.

Terkini, Nora akan tampil dalam filem romantik l Aku Terima Nikahnya. Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam tempatan pada 11 Oktober ini. Selain Nora beberapa nama besar lain turut membintangi filem ini antaranya Adi Putra dan Monryanti.


Sumber : Klik Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...