Help Me Pageviews Until 50M

30 June 2013

Ohsenyum : Awin Nurin Cium Izzue Islam


Video yang pastinya akan membuat ramai wanita Malaysia di luar sana akan berasa cemburu.Pelakon tampan yang menjadi kegilaan ramai, Izzue Islam berkongsi video ucapan hari jadi buat isteri tersayang beliau, Awin. 


Tambah membuat anda cemburu apabila Awin mencium pipi Izzue sebagai tanda sayang dan terima kasih kepada suaminya.Walaupun jarak usia mereka hampir lapan tahun, itu tidak bermakna kasih sayang yang bermula sejak enam lalu akan terpadam.
Ramai peminat yang melontarkan komen menerusi laman Youtube menyifatkan pasangan itu sangat ‘sweet’.

Mana tidaknya, pasangan manja itu masing-masing menyuapkan kek sempena hari lahir Awin.Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23 dan isteri yang juga pengurusnya, Nurinafilah Waharudin, 31, telah selamat diijabkabulkan pada 2 Jun lalu.Semoga kasih sayang mereka ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.-mynewshub.my



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...