4 June 2013

Ohsenyum : Artis Muncul Selepas Pembedahan Payudara

Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie kelmarin membuat kemunculan pertama pada majlis karpet merah di sini selepas dia membuat pengumuman berhubung pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya pada Mei lalu.



Jolie memberitahu pemberita, dia berasa terharu dengan sokongan orang ramai selepas menjalani pembedahan tersebut.Dia menjalani pembedahan itu pada awal Februari hingga April lalu bagi mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.Pemenang anugerah Oscar berusia 37 tahun itu berkata, dia berasa sihat dan bertenaga selepas pembedahan tersebut.
"Saya berasa amat terharu dengan sokongan orang ramai," katanya kepada pemberita semasa muncul pada majlis karpet merah untuk tayangan perdana filem World War Z.

Filem itu dibintangi oleh tunangnya, aktor Brad Pitt, 49.Ibu Jolie, Marcheline Bertrand meninggal dunia akibat kanser rahim pada usia 56 tahun manakala ibu saudaranya, Debbie Martin mati akibat kanser payudara minggu lalu.
Jolie sebelum ini diberitahu oleh doktor bahawa peluangnya untuk mendapat kanser payudara adalah 87 peratus manakala kanser rahim sebanyak 50 peratus sebelum dia menjalani pembedahan.Namun, risiko anak perempuan pelakon Jon Voight itu mendapat kanser payudara kini dilaporkan menurun kepada lima peratus sahaja setelah dia menjalani pembedahan tersebut.Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu kerana memikirkan kepentingan enam anaknya.Tiga daripada enam anaknya itu ialah anak angkat.-Kosmo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...