Help Me Pageviews Until 50M

17 May 2013

Tak Leh Senyum : Mati Akibat Terlebih Kerja



Seorang pemuda meninggal dunia akibat serangan jantung di pejabatnya, dipercayai akibat menanggung kerja berlebihan.Menurut media tempatan, Li Yuan menghabiskan masa bekerja sehingga jam 11 malam di pejabat Ogilvy & Mather cawangan China di Beijing.



Rutin berkenaan berlanjutan sejak lebih sebulan lalu. Kira-kira jam 5 petang kelmarin, saksi berkata, Li, 24, tiba-tiba berdiri dan meraung kesakitan sebelum jaun ke lantai. Menurut saksi, Li dikejarkan ke Kolej Perubatan Peking Union tetapi doktor di situ mengesahkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Majikan Li mengesahkan kematian itu melalui pos Twitter semalam.

Menurut laman Twitter itu, Li digambarkan sebagai seorang pekerja yang disenangi semua dan banyak menyumbang untuk syarikat. Sementara itu, data menunjukkan, China kini mencatat kematian berkaitan kerja lebih tinggi mengatasi Jepun. Hampir 60,000 pekerja di China mati akibat “kepenatan” disebabkan tekanan kerja setiap tahun. Kebanyakan kematian berkenaan disebabkan serangan jantung dan strok berkaitan tekanan kerja.-mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...