13 May 2013

Ohsenyum : Tembok Rumah Artis Hollywood Chris Brown Menakutkan



Jiran-jiran di kawasan kediaman penyanyi yang juga pemenang anugerah Grammy, Chris Brown meluahkan rasa tidak gembira dengan lukisan seni yang menakutkan di tembok rumahnya di Hollywood Hills.





Menurut akhbar Los Angeles Times, seorang jiran memberitahu, gambar gigi tajam serta mata berwarna merah yang menggerunkan yang dicat di tembok rumah penyanyi itu telah menakutkan kanak-kanak di kawasan tersebut.



"Kawasan ini mempunyai ramai bayi dan kanak-kanak dan lukisan itu telah menakutkan mereka," kata Presiden Persatuan Sivik Hollywood Dell, Patti Negri.Beberapa pegawai bandar itu mendenda Brown sebanyak AS$376 (RM1,122) kerana membuat lukisan itu tanpa mendapat kebenaran.Brown juga diarah untuk memadamkan lukisan itu dalam tempoh 30 hari.-Kosmo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...