Help Me Pageviews Until 50M

24 May 2013

Ohsenyum : Artis Hollywood Minum Air Kencing Sendiri



Bintang pop pelik, Ke$ha didakwa meminum air kencingnya sendiri dalam klip video dari siri realiti televisyen saluran MTV, My Crazy Beautiful Life.Dalam rakaman itu, teman karib Ke$ha, Savannah, bercerita mengenai ibunya yang mengembara dengan seorang wanita yang meminum air kencing setiap hari.


Ke$ha ketika itu menaiki sebuah kereta bersama rakannya bertanya: “Tidakkah itu baik untuk anda?” Dia kemudian secara terbuka menyatakan kesanggupannya meminum air kencing sendiri. Pengakuan itu disambut dengan jeritan penumpang kenderaan itu dan rakaman kamera terhenti seketika.



Savannah kemudian berkata: “Tidak bolehkan kamu tunggu sehingga kami keluar?” Ke$ha kemudian dilihat memegang botol air dengan bahagian atasnya dipotong dan berisi sedikit cecair. - AP Penyanyi itu kemudian menghirup air berkenaan sambil rakannya jelas berasa mual.-mymetro



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...