Help Me Pageviews Until 50M

9 April 2013

Tak Leh Senyum : Pertunjukan Udara Di Republik Dominica Menjadi Tragedi


sebuah pesawat ringan terhempas ke laut 

Pertunjukan udara di Republik Dominica bertukar menjadi tragedi apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke laut dan membunuh dua juruterbang yang ada di dalamnya.Insiden itu turut disaksikan ribuan pengunjung yang memenuhi pameran berkenaan.


Jurucakap polis berkata, pesawat udara itu terhempas hanya kira-kira 500 meter dari orang ramai. “Dalam tempoh kurang dari 60 saat, seluruh pesawat itu tenggelam ke laut,” katanya. Dipercayai juruterbang terbabit gagal mengawal pesawat berkenaan ketika cuba melakukan aksi yang sukar di udara. 

Laporan awal mendakwa, enjin pesawat berkenaan terhenti seketika sejurus sebelum kemalangan berlaku. Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Rafael Sanchez, 25, dan pembantunya, Carlos Manuel Guerrero, 27.Penganjur kemudian menamatkan serta-merta pertunjukan yang sepatutnya berlangsung selama dua hari itu.-mymetro



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...