16 April 2013

Tak Leh Senyum : Kemalangan Ngeri Seorang Guru Di Wareham


kereta guru besar terbakar

Seorang guru besar sekolah rendah terbunuh dalam kemalangan ngeri di Wareham, Dorset, semalam.Ally Mullany sedang memandu keretanya sebelum bertembung sebuah kenderaan bomba dalam perjalanan ke lokasi kemalangan maut tidak jauh dari situ.




Ally Mullany seorang guru besar sekolah rendah
 
Jurucakap polis berkata, Ally terbunuh kira-kira 800 meter dari tempat seorang pemandu lelaki merempuh sebatang pokok sejurus sebelum itu.“Dua anak Ally cedera parah,” katanya.Menurut polis Dorset, kereta bomba itu sedang bergerak laju untuk memberi bantuan kecemasan membabitkan pemandu lelaki itu.


Bagaimanapun, katanya, ia bertembung dengan Mini Cooper dipandu Ally.Semua enam anggota bomba terbabit tidak cedera dan segera menyelamatkan dua anak Ally.Sumber berkata, anak mangsa berusia 10 dan 14 tahun dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.-mymetro



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...