18 April 2013

Tak Leh Senyum : Kanak-kanak Terkurung Dalam Van Mati


mangsa Nong Oey berusia 3 tahun

Pengurusan dan guru di sebuah tadika di Samut Perakan akan berdepan dengan tuduhan baru berhubung kematian seorang kanak-kanak, Manassanan Thongphu selepas dia terkurung dalam sebuah van selama beberapa jam di luar tadika itu.
Bapa kanak-kanak terbabit, Ekachai Thongphu mengumumkan kematian mangsa di laman Facebook ‘Nong Oey’ awal semalam.

Menurutnya, dia ingin memaklumkan kepada lebih 21,000 pengikut bahawa anaknya yang berusia tiga tahun sudah meninggal dunia “Kira-kira jam 8.50 pagi pada 17 April 2013, semoga anak saya terus tidur dalam aman,” tulis Ekachai dalam mesejnya di laman sosial itu.




Manassanan dirawat di Hospital Bangkok selepas koma dengan mengalami bengkak di otak akibat terlalu lama terdedah kepada kepanasan di dalam van yang tertutup rapat. Dia menaiki kenderaan itu bersama-sama kanak-kanak lain untuk ke tadika berkenaan.Kanak-kanak itu tertinggal di dalam van berkenaan tanpa disedari selepas tertidur di satu sudut apabila kenderaan itu tiba di Tadika Anongvet di daerah Muang pada pagi 3 April.

Pengarah Hospital Bangkok Paisal Chantarapitak berkata, Manassanan hanya ditemui selepas terperangkap selama lima jam di dalam van itu, menyebabkan dia mengalami dehidrasi dan kesan daripada kekurangan oksigen yang mengalir ke otaknya menyebabkan serebrumnya membengkak.

Dua guru, Daorong Srisumang, 37, dan Santiphap Wanchai, 42, yang bertanggungjawab terhadap van berkenaan pada hari kejadian, sebelum ini mengakui kepada polis bahawa mereka cuai. Manassanan adalah antara 13 murid dalam van itu dan Daorong ditugaskan menjaga mereka. Kedua-dua guru itu, bersama pengarah tadika, Banong Kiriwong, 77, dan Yuwares Kiriwong, 42, akan dipanggil untuk mengakui tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian, kata polis.-mymetro

No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...