Seorang ibu yang sarat mengandung dipercayai
membunuh diri bersama tiga anaknya selepas menulis dalam laman Facebooknya:
“Kami tak akan disakiti lagi.”Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah
bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.Beberapa jam kemudian tiga
anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati
di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.
![]() |
ketiga-tiga anaknya mati di kawasan ini |
Rakannya mendedahkan, Fiona, ‘ibu pintar’
yang berusia 23 tahun meninggalkan beberapa mesej meluahkan rasa kecewa selepas
Craig McLelland, bapa ketiga-tiga anaknya, meninggalkannya untuk bercinta
dengan wanita lain.Dia sebelum ini menulis: “Tidak ada siapa inginkan kami.
Tidak ada siapa yang membantu kami.
![]() |
Craig McLelland bapa kepada 3 orang anak tersebut |
“Orang sepatutnya membantu kami menipu dan
cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah
pergi.” Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: “Ibu amat sayangkan kamu
dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu
kecewa. Kita tak akan disakiti lagi.”
Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri
semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca
kematian mereka.McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada
orang membunuh diri. “Saya dapat merasakan siapa dia,” katanya.Rakan Fiona
Karleigh Burlingham, 20, berkata, Craig meninggalkan wanita itu kira-kira
sebulan lalu.
“Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan
dengan baik. Dia melalui saat getir.” Seorang rakan lain berkata: “Kami diberitahu
dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: ‘Anak saya akan pergi bersama
saya.’ Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya,
lebih-lebih lagi anaknya.-mymetro
No comments:
Post a Comment