23 April 2013

Tak Leh Senyum : Demi Seorang Isteri


Isterinya Siti Rohana Mohamad Tambi, 40,

Mungkin tidak ramai lelaki mahu memikul tugas yang selama ini dilakukan isteri, namun semua itu bukan masalah buat seorang nelayan, Nazli Mohamed, 53, yang kini bukan saja terpaksa menjadi ‘ibu’ kepada tiga anaknya, malah turut menjaga isterinya yang menderita penyakit misteri menyebabkan kulitnya berkuping.


Nazli terpaksa memberi perhatian penuh kepada isterinya yang hanya terlantar selepas tidak dapat bergerak sejak setahun lalu.Menurutnya, dia tidak kisah menjaga isterinya, Siti Rohana Mohamad Tambi, 40, asalkan isterinya itu sembuh segera dan sihat seperti dulu.

“Tiada istilah penat buat diri saya walaupun terpaksa menjaga isteri kerana apa yang saya mahu semoga dia cepat sembuh kerana penyakitnya ini masih lagi tidak dapat dikesan puncanya.

“Doktor yang memeriksa isteri juga tidak dapat memberitahu apa sebenarnya penyakit dialaminya dan saya akan menunggu doktor pakar yang dijangka melakukan pemeriksaan terhadap isteri esok (hari ini),” katanya ditemui di Hospital Balik Pulau (HBP).-mymetro


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...