12 April 2013

Ohsenyum : Tinggal Didalam Hutan Selama 27 Tahun


Christopher Knight tinggal di hutan bersendirian selama 27 tahun

Seorang lelaki, Christopher Knight yang hidup dalam khemah selama beberapa dekad di dalam hutan dekat sini dan melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri untuk mendapatkan makanan akhirnya ditangkap di sebuah kem, kata pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

"rumah" Christopher Knight di hutan

Knight, 47, ditangkap pada 4 April lalu semasa perbuatannya memecah masuk dan mencuri makanan di sebuah kem untuk golongan kurang upaya di sini dirakamkan menerusi sebuah kamera pemantauan.Lelaki tersebut mengaku kepada polis bahawa dia bertanggungjawab melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri sejak bertahun-tahun lalu.


Bagaimanapun, Knight menyatakan, dia hanya mengambil barang-barang yang diperlukan bagi membolehkannya meneruskan kehidupan.Seorang anggota polis di negeri Maine, Diane Perkins-Vance berkata, Knight memberitahu, dia tinggal di dalam hutan sejak tahun 1986.

CCTV berjaya merakam Christopher Knight mencuri

Menurutnya, lelaki tersebut mengaku dia tidak pernah berkomunikasi dengan manusia sejak pertengahan tahun 1990-an.Knight kini ditahan atas dakwaan mencuri di Penjara Kennebec, Maine dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 (RM15,174), lapor akhbar Portland Herald Press.-Kosmo 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...