Help Me Pageviews Until 50M

24 April 2013

Ohsenyum : Pasangan Kekasih Rebut Kereta Lamborghini


Lamborghini model Aventado yang berharga RM1.9 juta

Pewaris F1, Tamara Ecclestone semalam terbabit dalam perbicaraan untuk mendapatkan semula kereta Lamborghini model Aventado yang berharga RM1.9 juta daripada bekas kekasihnya.Model berusia 28 tahun itu, anak bilionair F1, Bernie Ecclestone, hadir di Mahkamah Tinggi untuk menuntut kenderaan itu daripada bekas kekasihnya, Omar Khyami. 




Tamara yang meninggalkan bekas broker saham berkenaan Julai lalu selepas kemunculan pita seks yang menunjukkan Omar curang terhadapnya bertegas menyatakan dia adalah pemilik kereta itu. Bagaimanapun, Omar mendakwa, Tamara menghadiahkan kereta berkenaan sempena hari jadinya yang ke 38 pada April tahun lalu.

Mahkamah menetapkan kereta itu yang sudah dijual dua kali sejak dirampas perlu disimpan secara selamat sehingga pertikaian mengenainya berakhir.Tamara yang memutuskan hubungannya dengan Omar selepas menonton pita seks 30 saat itu yang menunjukkan lelaki itu turut memakai dua gelang emas Cartier berharga RM150,000 yang diberikan kepada lelaki itu. 
Dia membeli kereta itu daripada Elite Performance Cars Ltd.Omar yang mendakwa video itu dirakam beberapa tahun lalu tidak memberitahu Tamara bahawa dia menggunakan kereta itu sebagai jaminan untuk meminjam wang berjumlah RM1.25 juta daripada Elite, syarikat yang dimiliki rakannya dengan kadar faedah 70 peratus.Peguam Tamara, Andreas Gledhill berkata, kereta itu didaftarkan atas nama Omar semata-mata untuk membolehkannya mendapat permit parkir di kediaman mereka di Chelsea. 

Kereta itu dirampas dari sebuah garaj oleh pegawai mahkamah selepas Tamara membawanya untuk penyelenggaraan. Omar dilapor berusaha memujuk kakitangan mahkamah supaya melepaskan kereta berkenaan. Apabila dia membawanya ke Elite, Tamara mendapat perintah mahkamah untuk menghalangnya daripada dijual.Tetapi perintah itu dilanggar dan Elite menjualnya kepada Four Seasons Autos.-mymetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...