4 April 2013

Ohsenyum : Misi Mencari Ikan Pelik Dan Ganjil


mencari ikan coelacanth
Sekumpulan ahli biologi Perancis dan Afrika Selatan akan menyelam di dalam Lautan Hindi pada bulan ini untuk mencari ikan coelacanth.Misi mencari ikan itu akan bermula dari 5 April hingga 15 Mei depan.Kumpulan tersebut akan meneroka gua-gua di dalam lautan tersebut untuk mencari fosil itu.




Anggota-anggota kumpulan berkenaan akan menyelam di Jesser Canyon yang terletak 120 meter di bawah permukaan air di Teluk Sodwana.Ikan ganjil tersebut dipercayai hidup di kawasan itu.


Hidupan marin itu menjadi tumpuan ahli biologi untuk dikaji kerana ia mempunyai kaitan sejarah dengan dinosaur.Pada April 2001, sekumpulan nelayan dari bandar ini berjaya menangkap ikan tersebut yang berukuran 1.75 meter panjang dan seberat 77 kilogram.-Kosmo


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...