11 April 2013

Ohsenyum : Ikan Yang Berwajah Ganjil



Nelayan di Sungai Nan di daerah Prom Piram di sini terkejut apabila seekor ikan besar dan ganjil ditangkap berhampiran tebing sungai itu semalam.Somjit Chodchoey, 59, berkata, dia dan adiknya, Dao Promkong memasang umpan pada petang kelmarin. Katanya, dia menemui ikan yang berwajah ganjil itu pada satu daripada cangkuk umpan berkenaan keesokannya.

Menurut nelayan itu, haiwan berkenaan kelihatan seperti gabungan buaya dan ikan, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan berat lebih 10 kilogram.Penduduk kampung itu datang beramai-ramai untuk melihat ikan berkenaan selepas berita mengenainya tersebar. Saintis perikanan, Issara Suwittayaporn yang turut datang untuk melihat tangkapan ganjil itu yakin ia buaya gar yang nama saintifiknya atractosteus spatula.

Kebanyakan haiwan seumpama itu ditemui di wilayah Amazon di Amerika Selatan, katanya.Dia percaya ikan berkenaan dipelihara oleh penduduk yang mengambil keputusan untuk melepaskannya selepas ia menjadi terlalu besar.Menurut Issara, buaya gar adalah besar, hidup lama, memakan ikan kecil dan burung serta boleh menghasilkan banyak anak.

Ekosistem boleh terjejas jika jumlah haiwan itu terlalu banyak di habitat asli Thai.Isteri Dao, Malee Promkong berkata, ikan itu tidak akan diapa-apakan.“Ia akan dijual atau diserahkan kepada pegawai perikanan jika mereka datang untuk mengambilnya,” kata Malee.-mymetro



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...