![]() |
Ibrahim Pendek atau Ibrahim Bin Hassan |
Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim
Bin Hassan dilahirkan di Taiping, Perak pada tahun 1932 adalah seniman filem
Melayu terkenal bukan sahaja terhadap lakonan tetapi juga istimewa kerana
beliau dikurniakan dengan tubuh badan yang kerdil iaitu berketinggian 130cm.
Antara filem-filem terkenal lakonan beliau
ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat. Sewaktu
berlakon dalam filem Ali baba Bujang Lapok, pihak Universal International,
Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah tertarik dengan
lakonan beliau dalam filem tersebut.
![]() |
The Spiral Road pada tahun 1962 |
Dari saat itulah pihak Universal
International telah menghantar surat tawaran kepadanya untuk berlakon sebagai
pembantu seorang doktor dalam filem keluaran Hollywood itu. Bermula detik indah
itulah beliau telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau
adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem keluaran Hollywood bersama
Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.
Selepas mencatat sejarah berlakon dalam filem
tersebut, beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus
berlakon dalam filem-filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian
untuk meneruskan kerjaya beliau disana kerana pihak pemerintah pada ketika itu
tidak meluluskan Visa beliau.
Sumber : klik Sini
No comments:
Post a Comment