Help Me Pageviews Until 50M

13 April 2013

Ohsenyum : Budak Pelik Dianggap Sebagai Tuhan


Deepak Paswan ,7 tahun dari India

Wajah riang terpancar di wajah anak kecil ini setelah menunjukkan susuk tubuh badan normal seperti kanak-kanak lain setelah menjalani pembedahan bagi membuang kaki dan tangannya kembarnya yang tumbuh dibahagian dadanya.





Deepak Paswan ,7 tahun dari India,sebelum ini mendapat perhatian umum dengan mempunyai anggota badan yang luar biasa dan selama beberapa tahun terpaksa menderita kerana mendapat cemuhan dari rakan-rakan sebaya yang menggelarnya sebagai syaitan. Walaupun ada dikalangan masyarakat setempat menganggapnya sebagai 'tuhan'. 


Penganut beragama Hindu sering melawat ke rumahnya dengan menganggap dia adalah jelmaan tuhan Visnu kerana mempunyai anggota badan lebih dari 4.Baimanapun tahun lepas,keluarganya telah membawanya ke hospital bagi memberikannya peluang menjalani kehidupan yang normal.



Beliau bernasib baik kerana pakar bedah dari Hospital Bangalore,Fostis Hospital bersetuju untuk memberikan pembedahan secara percuma memandangkan Deepak berasal dari keluarga yang miskin.Dengan kos pembedahan mencecah sekitar 50,000 Pound,operasi yang memakan empat jam itu akhirnya berjaya dan mendapat liputan meluas media termasuk dari Chanel 5.


Deepak seperti mendapat nafas baru  dan seraya berkata'"saya boleh berlari lebih cepat dari  dua abang saya kerana sebelum ini saya tidak mampu melakukannya.Saya menyukai tubuh baru saya dan saya gembira dengannya"

Sumber : Klik Sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...