25 March 2013

Tak Leh Senyum : Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia 2013


Dr Muhammad Uthman El-Muhammady telah meninggal dunia 2013

Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi. Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 1 Februari 1943, beliau adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.




Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.- Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...