2 March 2013

Tak Leh Senyum : Bunuh Diri Kerana Dibuli

Jade Stringer 

 Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membunuh diri setelah menjadi mangsa pembuli, dakwa kawan-kawannya. Jade Stringer dari Bury, Greater Manchester, mati Sabtu lalu, enam hari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik oleh bapanya, David.



 Walaupun cuba untuk dipulihkan, gadis itu tidak langsung sedarkan diri. Dia dihantar ke Hospital Besar Fairfield pada 10 Jun lalu di mana dia meninggal dunia selepas satu minggu menggunakan bantuan mesin pernafasan.


Rakan remaja itu yang bersekolah di Sekolah Tinggi Haslingden dekat Rossendale, Lancs, mendakwa dia dibuli. Penghormatan yang diletak di Twitter dan Facebook berkata, dia adalah mangsa buli.
Seorang pelajar menulis, “Dia dibuli oleh beberapa orang.”  Chelsea Lazaruik berkata, “Semoga tenang Jade Stringer. Anda tidak sepatutnya mati seperti ini, membuli memang teruk tetapi anda tetap cantik di setiap sisi. Tidur dengan tenang xxx”

Vanessa Nuttall berkata, “Kenapa orang suka membuli seseorang itu sedangkan ia perbuatan sangat teruk.”  Ada juga laporan mengatakan dia bertengkar dengan bapanya selepas telefon bimbitnya diambil darinya.



Polis berkata, mereka tidak menyiasat kematiannya sebagai mencurigakan dan sedang “mengkaji keadaan” yang menyebabkan insiden itu.  Jurucakap Polis Greater Manchester berkata,” Tidak lama selepas 3.35 petang pada Ahad 10 Jun, polis dipanggil oleh paramedik untuk datang ke rumah di Jalan Bolton di Hawkshaw Edenfield, selepas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan dijumpai tidak sedarkan diri.

“Kematian ini tidak dianggap sebagai mencurigakan dan kami tidak akan mencari sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kejadian itu.  “Tetapi, polis mengkaji keadaan yang menyebabkan kejadian ini berlaku.” -HM

1 comment:

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...