31 March 2013

Ohsenyum : Mata Remaja Perempuan Mengerikan



Seorang remaja perempuan di sini terkejut apabila diberitahu dia hampir hilang penglihatannya setelah sejenis parasit mula membiak pada kanta sentuh yang dipakainya dan mula merosakkan kornea matanya.





Doktor mendapati mata Hyde, 18, dijangkiti parasit mikroskopik atau acanthamoeba yang biasa ditemui pada air dan tanah yang merebak sama ada menerusi kanta sentuh, luka, atau luka kulit dan semasa bernafas.Ekoran jangkitan itu, Ashley Hyde terpaksa menjalani rawatan selama berbulan-bulan dan mengharungi satu prosedur yang mengerikan apabila pakar optik perlu menggerudi ke dalam matanya.



Selain itu, kotoran yang terdapat pada biji mata remaja tersebut turut dibuang ketika kakitangan perubatan cuba mencari punca mengapa mata kirinya dijangkiti radang.Acanthamoeba mengakibatkan Hyde yang berasal dari Pembroke Pines, Florida mengalami masalah pemandangan kabur dan dia terpaksa berulang alik berjumpa pakar mata.


''Mereka (doktor) melakukan pelbagai cara untuk membuang kotoran pada mata saya. Kadangkala mereka terpaksa menggerudi mata saya. Ia agak menjijikkan,'' katanya sebagaimana dilapor Local10.com.Sementara itu, seorang pakar perubatan optometric, Dr. Adam Clarin berkata, pengguna kanta sentuh perlu menukar alat itu setiap hari.''Tiada apa yang lebih selamat atau sihat daripada membuang kanta sentuh setiap hari dan bermula dengan alat yang baru pada hari berikutnya,'' kata Clarin.-utusan.com.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...