13 March 2013

Ohsenyum : Lelaki Gila Seks Dengan Binatang



Seorang lelaki didapati memuat turun imej yang memaparkan aksi wanita mengadakan hubungan dengan pelbagai haiwan, termasuk ular, harimau dan gajah.Turut dimuat turun oleh Stephen Thresh ialah aksi lucah membabitkan beberapa ekor kuda dan anjing. Menurut polis, mereka tidak dapat memastikan sama ada harimau dan ular yang dijadikan objek pemuas nafsu dalam aksi berkenaan masih hidup atau sudah mati.

Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, mereka yakin gajah yang dipaparkan dalam imej itu memang hidup. Dalam perbicaraan semalam, mahkamah diberitahu, polis percaya Thresh tidak berminat dengan aktiviti seks normal.


Thresh, 47, dari Hull mengaku salah terhadap lima tuduhan memiliki imej lucah melampau serta enam tuduhan memiliki 405 imej lucah yang ditemui dalam komputer ribanya. Dia ditangkap selepas diperdaya melalui mesej palsu yang dihantar melalui komputernya.

Melalui mesej itu, pihak berkuasa mendakwa, mereka dimaklumkan mengenai aktiviti Thresh.Mempercayai mesej itu benar, Thresh menyerahkan komputer ribanya kepada polis dan dia ditahan sejurus selepas itu. Sementara itu, hakim menangguhkan keputusan terhadap kes Thresh kerana dia juga menghadapi tuduhan lain membabitkan kesalahan menyerang.

Hakim, Mark Bury berkata, dia akan menentukan hukuman selepas semua perbicaraan Thresh berakhir. Sementara itu, penyiasat berkata, imej utama yang dimuat turun oleh Thresh ialah aksi lucah wanita dengan kuda dan anjing. “Imej membabitkan gajah, ular dan harimau itu sangat berbahaya untuk dilakukan.“Memang jelas Thresh meminati aksi seks seumpama itu lebih daripada biasa,” katanya.-mymetro


No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...