Seorang bayi yang dilahirkan dengan
jantungnya berada di luar badan, dibenarkan pulang semalam selepas diberikan
‘cangkerang’ khas bagi melindungi organ penting berkenaan.
Audrina Cardenas dilahirkan pada 15 Oktober
tahun lalu dengan menghidap penyakit dikenali sebagai ectopia cordis yang
menyebabkan jantungnya terbentuk di luar dada.Penyakit itu hanya berlaku
terhadap seorang daripada setiap lapan juta orang dengan sembilan daripada 10
penghidapnya meninggal dunia ketika lahir atau sekadar bertahan kurang dari
tiga hari.
Namun, selepas tiga setengah bulan, Audrina
membuktikan kelaziman itu salah, sebaliknya dia dibenarkan keluar dari Hospital
Kanak-kanak Texas di Houston.Dia dilihat meninggalkan hospital itu dengan
pelindung khas berkenaan bersama ibunya, Ashley, Audrina akan menjalani
pembedahan untuk membetulkan kedudukan jantungnya dan memasang pelindung kekal
beberapa tahun lagi.-mymetro




Ajaibnya., kuasa Allah...
ReplyDeleteMashaAllah . Mintak izin share ye ? :)
ReplyDelete