31 August 2012

Ohsenyum : Perubahan Muka Semasa Berlakon


Ini namanya pelik tapi benar.....memang hebat tukang make upnya ini. Tapi perbelanjaannya mestih lagi hebat kan.......


Michael Keaton/Beetlejuice

John Leguizamo/Violator

Ohsenyum : Hanya Dua Saja Manusia Yang Terpendek Di Dunia



Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka, lapor media semalam.
Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.

30 August 2012

Ohsenyum : Kuih Yang Tak Sepatutnya Korang Makan


Tak sanggup aku nak makan kuih jenis macam ini, walau pun sedap...di nampak!!! Kalau korang nak juga..pastikan jangan makan depan boyfriends korang......

Ohsenyum : Webcam Paling Seksi Gila-Gila



Nasib baik korang tak termasuk dalam video ini..... :P 



29 August 2012

Ohsenyum : Kemalangan Teruk


Nampak orang tu....perempuan kan!! Korang faham-faham je lah kalau perempuan yang pandu kereta! mesti pelik kemalangan dorang (kaum Wanita)

Ohsenyum : Orang Utan Terbakar Dengan Tidak Sengaja



Indonesia : Orang utan ini telah masuk ke sebuah kampung di Indonesia dan menyebabkan penduduk di kawasan sana terganggun dengan kewujudan orang utan ini. Menurut BKSDA orang utan ini masuk ke kampung di sebabkan kawasan habitatnya terganggu.

Tak Leh Senyum : Bayi Terima 17 Jahitan Akibat Serangan Kucing Jiran



Seorang ibu dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam dan mendapati dia cedera diserang kucing jiran di dalam katilnya.Menurut Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.

Ohsenyum : Jerman Kini Memiliki Bas Terpanjang Di Dunia


Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang  di dunia, Autotram Extra Grand  98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa.Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan.

Ohsenyum : Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar



Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam.
Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.

28 August 2012

Ohsenyum : Menyelesaikan Masalah Dengan Mudah



Ohsenyum : Antara Restoran Terpelik Di Dunia



Seorang pelayan berada di dalam ruang makan di restoran yang bertemakan pesawat A380 dalam sebuah acara undangan sebelum pembukaan resmi di provinsi Chongqing, 25 April 2012. Restoran bernama "Special Class" ini berukuran 600 meter persegi, termasuk 6 ruangan vvip, dan dapat melayani 110 pelanggan dalam satu satu masa. Restoran mulai buka 1 Mei 2012.

Ohsenyum : Restoran Yang Paling Pelik Di Jepun



Di sebuah restoran yang terletak di daerah hiburan, empat buah robot wanita mengenyit mata dan melambaikan tangan sambil bergerak mengikut rentak gendang tradisi Jepun dan lagu Lady Gaga.Suasana itu menandakan bermulanya persembahan di 'Restoran Robot' yang merupakan sebuah restoran kabaret berteknologi tinggi di Jepun.

Ohsenyum : Wanita Berkahwin Lebih Dari 50 Kali, Kini Diburu



Seorang wanita yang melarikan diri dari bandar raya ini diburu polis selepas meninggalkan setiap lelaki yang dikahwininya.Shahanaz, 33, dipercayai berkahwin dengan puluhan lelaki sejak beberapa tahun lalu. Walaupun sesetengah laporan mendakwa dia ‘berkahwin’ lebih 50 kali, pihak berkuasa berkata hanya 15 lelaki yang tampil membuat laporan.

27 August 2012

Ohsenyum : Cara orang Seludup Dadah


Macam-macam cara orang nak seludup dadah, ada yang letak dalam kuih, seluar, kasut, binatang dan macam-macam lagilah. "sepandai-pandai tupi melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"...

Ohsenyum : Lori Terbenam Terlampau


Besarnya lori ini, tak sangkah lori ini dapat gerak walau pun dalam keadaan sebegitu....Tengok sampai habis ada kejutaan untuk anda

Tak Leh Senyum : 36 Terbunuh Apabila Bas Dua Tingkat Melanggar Lori Tangki


Seramai 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat melanggar belakang sebuah lori tangki di sebatang lebuh raya di utara China semalam, lapor media negara berkenaan.Agensi berita rasmi Xinhua menyatakan, rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

Ohsenyum : Pertandingan Makan Telur Itik Mentah-Mentah



Satu pertandingan memakan telur mengandungi embrio anak itik yang sempurna kali pertama diadakan di Amerika Syarikat (AS).Dikenali sebagai balut, telur berkenaan merupakan antara makanan menjijikkan di dunia.Acara ekstrem tersebut dianjurkan oleh restoran Maharlika yang menjual masakan Filipina di sini.

Ohsenyum : Tidak Mengadakan Seks Dengan Suami Selama Seminggu



Wanita dalam kumpulan hak asasi ‘Mari Selamatkan Togo’ berkata, mereka akan melancarkan mogok seks selama seminggu bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Faure Gnassingb.

26 August 2012

Ohsenyum : Tolong Jangan Bawa Benda Ini


Tolonglah, jangan sesekali bawa benda ini ke pejabat......nampak sangat korang tak mampu melakukannya!!

Ohsenyum : Elak Anjing, Hancur Kereta


Inilah akibatnya...elak anjing, 3 kenderaan jadi mangsa kemalangan...manakala anjing tu terselamat......Anjing betullah!!

Tak Leh Senyum : Manusia Yang Pertama Ke Bulan Kini Meninggal Dunia



Neil Armstrong, yang mencatatkan sejarah sebagai manusia pertama berjalan di bulan iaitu pada 1969, meninggal dunia semalam.Mendiang berusia 82 tahun.Armstrong meninggal dunia susulan komplikasi dialaminya selepas menjalani pembedahan pintasan jantung awal bulan ini, kata keluarganya menerusi satu kenyataan.

Tak Leh Senyum : Insiden Tembakan Di New York



Seorang bekas pekerja kedai pakaian wanita menembak mati bekas rakan sekerjanya di luar Bangunan Empire State kerana dibelenggu perasaan tidak puas hati sebelum dia ditembak mati pihak polis.Seorang pegawai polis, Komisioner Ray Kelly berkata, dua orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian itu.

Ohsenyum : Rupa Binatang Semasa Dalam Rahim Ibunya



Jarang sekali kita melihat rupa binatang semasa ia kecil terutamanya semasa dalam rahim ibunya. Dengan perkembangan teknologi pada zaman ini, tidak mustahil kita dapat melihat sepenuhnya rupa binatang semasa dalam rahim ibunya.

Dengan menggunakan revolusioner 4 dimensi dan teknologi pengimbasan saintis telah berjaya menembusi cahaya dunia ke dalam rahim binatang tersebut. Antara binatang yang mereka berjaya menembusinya ialah gajah, anjing, ikan lumba-lumba, dan penguin.-DM

25 August 2012

Ohsenyum : Sekumpulan Harimau Yang Sangat-Sangat Lapar


Dalam 10-15 ekor harimau yang sangat-sangat lapar. tengok bertapa ganasnya binatang ini, apabila seekor kambing putih di buang dalam kelompor harimau yang banyak tu...GANAS!!

Ohsenyum : Pertandingan Muka Terhodoh



Sejumlah peserta menghadiri pertandingan muka terhodoh di sini kelmarin.
Pertandingan itu dikendalikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai rakan-rakan konsert dan bar.Ia diadakan sejak tahun 1978. -Kosmo

Ohsenyum : Restaurant Menyajikan Makanan Zombie



Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London.Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead.

Ohsenyum : Modified Kereta Yang Terbaik


Ohsenyum : Sanggup Belanja RM58,879 Kerana Taksub Dengan Anak Patung


Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.

24 August 2012

Ohsenyum : Kreatif Dengan Barang Buangan


Sebenarnya, semua barang buangan boleh diguna semula....cuma kita je yang malas nak membuatnya. Contoh terbaik macam gambar ini......dari sebuah bas yang tak diguna, dibuat menjadi meja yang cantik dan kreatif

Ohsenyum : Lelaki Yang Dianggap Doktor Oleh Rancangan TV 3



Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.

Ohsenyum : Ikan Paus Muncul Di Tepi Bot



Seorang jurugambar amatur, Bill Bouton merakamkan gambar kepala seekor ikan paus humpback yang muncul di tepi sebuah bot dan kayak dekat pantai di sini pada 18 Ogos lalu.

Beberapa pelancong yang menaiki bot itu turut merakamkan gambar ikan tersebut.
Ikan itu kerap berenang dekat bot dan kayak semasa ia makan ikan sardin."Saya berasa amat bertuah," kata Bouton selepas dia berjaya menangkap gambar tersebut. -Kosmo

Ohsenyum : Wanita Paling Terpengaruh Di Dunia 2012



Lady Gaga dengan rasminya lebih berpengaruh daripada Ratu Elizabeth, menurut satu kaji selidik terbaru, semalam.Penyanyi Born This Way itu menduduki tangga lebih tinggi berbanding monarki Britain berkenaan dalam kaji selidik tahunan majalah Forbes terhadap wanita paling berkuasa di dunia.

Tak Leh Senyum : Gambar Bogel Putera Harry Tersebar



Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang bertelanjang tersebar di seluruh dunia.

23 August 2012

Ohsenyum : Gambar Putera Harry Bogel


Istana Buckingham berdepan dengan satu lagi kontroversi ekoran dua keping gambar bogel Putera Harry disebarkan oleh sebuah laman web hiburan popular, TMZ di Amerika Syarikat.Dua keping gambar itu, dengan salah satunya menunjukkan Harry hanya memakai rantai berloket cincin emas bersama seorang wanita di belakangnya. Satu lagi gambar menunjukkan Harry pula memeluk wanita itu dari belakang.

Tak Leh Senyum : Kehendak Tony Nicklinson Untuk Mati Akhirnya Tercapai



Seminggu selepas gagal mendapat kebenaran mahkamah untuk menamatkan riwayatnya sendiri, Tony Nicklinson disahkan meninggal dunia di rumahnya, semalam.
Menghidap kelumpuhan menyeluruh - dikenali sebagai sindrom locked-in - Nicklinson mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Januari lalu untuk mendapat pengisytiharan supaya mana-mana doktor yang menamatkan hidupnya tidak didakwa kerana membunuh.

22 August 2012

Ohsenyum : Kereta McLaren X-1 Berniai Lebih 1 Juta Dollar



Kereta Mclaren X-1 bernilai lebih dari 1 juta dolor. Mclaren X-1 ini ialah sebuah kenderaan yang di hasilan oleh seorang pengumpul kenderaan bersama dengan peminat McLaren. Mereka mengambil masa hampir 3 tahun untuk membuat kereta yang sangat super ini yang mempunyai ciri-ciri Mclaren F1 dan Mercedes-Benz. Dengan warna  hitam, ianya kelihatan seperti kereta batman.-DM

Tak Leh Senyum : Mengerat Tubuh Anaknya Sendiri




Seorang wanita di daerah Mae Ai didakwa membunuh dan mengerat tubuh dua anaknya semasa suaminya tiada di rumah.Kelmarin, polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung perbuatan kejam yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anak lelakinya berumur setahun dan lima tahun itu pada minggu lalu.

Ohsenyum : Aktiviti Polis


Tak Leh Senyum : Video Wartawan Jepun Terbunuh Semasa Membuat Liputan Sebelum Didelete



Seorang wartawan Jepun, Mika Yamamoto terbunuh ketika membuat liputan di kawasan Aleppo, Syria yang berhadapan dengan pergolakan.Kementerian Jepun hari ini mengesahkan kematian Mika, 45, yang merupakan koresponden perang bagi agensi berita Japan Press.

21 August 2012

Tak Leh Senyum : Adegan Wanita Mahu Membunuh Diri



Seorang wanita yang membunuh anak saudaranya diselamatkan oleh beberapa saudara, rakannya dan anggota penyelamat selepas dia mahu membunuh diri dengan terjun dari bumbung sebuah bangunan di wilayah Guangdong, China pada 14 Ogos lalu, lapor agensi berita Reuters semalam.

Ohsenyum : Pengarah Terkenal Hollywood Bunuh Diri


Pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California, semalam. Dikenali dengan banyak filem aksi antara filem yang diarah oleh beliau ialah :

The Hunger (1983) Top Gun (1986) Beverly Hills Cop II (1987) Revenge (1990) Days of Thunder (1990) The Last Boy Scout (1991) True Romance (1993) Crimson Tide (1995) The Fan (1996) Enemy of the State (1998) Spy Game (2001) Man on Fire (2004) Domino (2005) The Taking of Pelham 1 2 3 (2009) dan Unstoppable (2010).


Ohsenyum : Iron Man Yang Cute



20 August 2012

Ohsenyum : Uniknya


Ohsenyum : Ular Sawa Makan Hippo



Ohsenyum : The Best Parktronic Ever


Ohsenyum : Nak Sangat Bergambar!


Terdesak sangat nak bergambar....

19 August 2012

Ohsenyum : Makna Sebuah Perkahwinan Realy True


Siapa setujuh dengan gambar ini..................macam betulkan! atau memang betul.....realy true


Ohsenyum : Besi Sepanjang Enam Kaki Menembusi Kepalanya



Seorang buruh binaan berusia 24 tahun, selamat selepas besi sepanjang enam kaki jatuh dari atas dan menembusi kepalanya, kata doktor, semalam.Ketua staf Hospital Miguel Couto, Luiz Alexandre Essinger, berkata, doktor berjaya mengeluarkan besi itu dari tengkorak kepala Eduardo Leite dalam pembedahan yang mengambil masa lima jam. 

Ohsenyum : Ratu Cantik Dunia Berkumpula



Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, semalam.Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.

18 August 2012

Ohsenyum : Akibat Malas Nak Bersenam


Malas nak bersenanam.....asik online je.....tak guna!! Jangan baru ada penyakit,  baru nak bersenaman!! nak jadi macam gambar ini??? Terutamanya wanita.....di luar sana..

Ohsenyum : Iklan Ice Cream Yang Menyeramkan


Entah kenapa ada juga idea manusia yang bodoh macam ini.........



Ohsenyum : Orang Paling Muda Di Dunia Mendapat Gred A Dalam Matematik

Ketika ramai remaja belasan tahun gementar menduduki peperiksaan matematik A Level, Yasha Asley menyifatkannya sebagai amat senang dan dia hanya berusia tujuh tahun.Kini, kanak-kanak yang berbakat luar biasa itu memperoleh kelulusan tertingggi ketiga peperiksaan A Level, pada usia 10 tahun.

Tak Leh Senyum : Video Mengerikan Mogok Di Afrika Selatan


AMARAN VIDEO DAN GAMBAR TERLALU EKSTREM, NGERI DAN MENAKUTKAN
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila polis Afrika Selatan melepaskan tembakan ke arah pelombong-pelombong platinum yang mengadakan mogok sejak beberapa minggu lalu.Angka rasmi kematian belum dikeluarkan.

Ohsenyum : Lebih 10 Tahun, Garfu Berada Didalam Perutnya



Apabila Lee Gardner bergegas ke hospital selepas muntah darah dan mengalami sakit perut yang amat sangat, dia bimbang keadaannya kesihatannya itu lebih teruk lagi.Bagaimanapun, doktor di Barnsley terkejut apabila menemui garfu sembilan inci dalam perut lelaki itu dan lebih mengejutkan, ia berada di situ sejak lebih 10 tahun lalu.

17 August 2012

Ohsenyum : Keranda Yang Pelbagai Bentuk




Ini berlaku di Ghana, mereka mempunyai kemahiran  pertukangan kayu. Dengan kemahiran tersebut, mereka  gunakan dengan membuat keranda mengikut permintaan si mati. Pelbagai keranda yang telah mereka buat,dan hasilnya amat-amat memuaskan.Kebiasaannya mereka akan membuat bentuk keranda berdasarkan pekerjaan si mati atau pun kegemaran si mati. Lihat lah hasilnya………

Tak Leh Senyum : Budak Berusia 5 Tahun Jatuh Dari Escalator


Baru-baru ini berlaku di Negara rusia, di mana seorang budak yang berusia 5 tahun, terjatuh dari tingkat 3 semasa bermain escalator tanpa pengawasan orang dewasa mahu pun ahli keluarga budak tersebut. Walau pun budak tersebut jatuh dari tingkat 3, dan mendarat di atas lantai konkrit tetapi budak tersebut mengalami kecederaan ringan……


Tak Leh Senyum : Jenayah Perang Di Syria



Pertubuhan Palang Merah berkata, Syria kini dilanda perang saudara dan semua pihak mesti menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau berdepan pendakwaan jenayah perang.Jurucakapnya, Alexis Heeb, berkata penegasan itu bukan perkembangan baru di Syria kerana ia pernah dimaklumkan kepada pihak berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...