31 July 2012

Ohsenyum : Kapal Terbang Menjadi Tempat Tinggal


Memang seronok kalau naik kapal terbang, apa tah lagi kalau kapal terbang tu jadi tempat tinggal kita. Macam gambar ini......


Ohsenyum : Melecet Paling Besar Dan Menakutkan


Amaran : benda ini amat mengelikan....kalau berani tengoklah.


Ohsenyum : Robot Yang Bernama Kuratas Itu Dijual Pada Harga RM3.16 Juta



Syarikat Suidobashi di Jepun mencipta robot setinggi empat meter yang boleh dikawal dengan menggunakan telefon iPhone, lapor akhbar MailOnlone.Ia juga boleh dikawal dengan sebarang telefon bimbit yang mempunyai rangkaian 3G.

Ohsenyum : Produk Baru Dari Negara Switzerland Stokin Tahan Lasak



Ia tidak mungkin menjadi fesyen kegemaran tetapi stokin yang dibuat daripada kevlar ini direka untuk menggantikan kasut dan membuat pemakai berasa seperti berkaki ayam.Dipakai tanpa kasut, Stokin Perlindungan Switzerland itu juga mempunyai ruang untuk setiap jari anda, sama seperti jari tangan pada sarung tangan. 

Ohsenyum : Minta Derma Atas Sebab Cancer Padahal Nak Kahwin Free



Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja 10,000 (RM50,000).

Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.

30 July 2012

Ohsenyum : Selama 3 Dekad Mereka Menjadi Kawan Baik



Selama 3 dekan mereka menjadi kawan baik, sejak sekolah tingggi lagi. Dan bagi membuktikan mereka berkawan baik, mereka telah mengambil satu gambar pada gaya yang sama cuma masa sahaja yang berbeza.

Ohsenyum : Binatang Mempunyai pelbagai Bunyi Suara


Macam-macam bunyi binatang ini buat.....cubalah dengar......semoga terhibur...!!

Ohsenyum : Buat Senjata Sebab Nak Pilihan Raya 2013

Seorang pekerja memeriksa selaras senjata api di kilang shooters arms manufacturing di bandar cebu pada 7 julai lalu.

Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina.Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai menempah senjata api.

"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya.

Ohsenyum : Lebih Dua Tan Ganja Disembunyikan Dalam Kubur



Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata Kementerian Pertahanan.Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya. 

Ohsenyum : Berbasikal Selama Dua Tahun Dari China Ke London


Seorang petani dari wilayah Jiangsu, China, Chen Guanming menggunakan wang derma bagi membiayai kayuhannya selama dua tahun ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik.Guanming, 57, berkata, rakan-rakan dan orang ramai yang bersimpati dengannya terutama komuniti Cina telah menderma wang kepadanya untuk membiayai perjalanan tersebut.

Ohsenyum : Kisah Benar 34 Tahun Baru Jumpa Keluarga Melalui Facebook



Keluarga Susan Ardron berpindah ke Afrika Selatan pada 1975, hubungan dengan keluarganya putus secara tiba-tiba beberapa tahun kemudian.Keluarganya yang tidak tahu dia menghidap amnesia selepas terbabit dalam kemalangan kereta menyangka dia sudah meninggal dunia.

Tetapi, selepas 34 tahun, apabila ingatannya pulih secara perlahan-lahan, dia mengejutkan anggota keluarganya dengan menghubungi mereka menerusi Facebook.Susan, 61, yang masih menetap di Afrika Selatan, dibantu untuk menjejaki keluarganya di Rotherham, Yorkshire Selatan oleh keluarga yang dia tumpang di Johannesburg.

29 July 2012

Ohsenyum : Jangan Hairan Tengok Binatang Ini


Memang besar binatang ini, aku pun baru tau ......

Ohsenyum : Video Orang Yang Hampir Lagi Dilanggar Kereta


Malang tak berbau....hanya tuhan yang menentukan hidup mati kita.

Ohsenyum : Melarang Atlet Judo Memakai Tudung Semasa Bertanding

Arab Saudi bertindak mengemukakan aduan kepada Jawatan Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berang dengan keputusan saat akhir penganjur yang melarang atlet judo heavyweight, Wodjan Shaherkani memakai tudung semasa bertanding.

Tak Leh Senyum : Beberapa Bulan Tinggal Bersama Mayat


Seorang wanita yang tinggal beberapa bulan dengan mayat seorang rakan semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan menunaikan cek pencen dan keselamatan sosialnya.Linda Chase, 71, diheret ke mahkamah tiga minggu selepas mayat Charles Zigler ditemui di atas kerusi di ruang tamu rumah mereka di Jackson, 64 kilometer ke selatan Lansing, selatan Michigan. 

Ohsenyum : Ratu Elizabeth Berlakon Sebagai ‘Gadis Bond’




Ratu Elizabeth II buat kali pertama berlakon sebagai ‘Gadis Bond’ dan ia dilakukan dengan satu kali rakaman saja.Elizabeth, 86, mempamerkan bakatnya apabila muncul untuk melakonkan wataknya sendiri dalam filem pendek untuk majlis perasmian Olimpik London bersama-sama dengan aktor James Bond, Daniel Craig.

28 July 2012

Ohsenyum : Amazing Photos


Gambar yang menakjubkan, semoga terhibur......



Ohsenyum : Mr Bean`s Dalam Orchestral Olympic 2012


Mr Bean siapa tak kenal, seorang pelakon komedi yang terbaik dari dulu hinggga sekarang. Dan kini Mr Bean menjadi salah seorang ahli orchestral dalam acara Olympic 2012 di London baru-baru ini. Lihatlah aksi  dari Mr Bean yang amat menghiburkan......


Ohsenyum : Orang Utan Yang Suka Merokok


Beberapa pekerja telah memindahkan seekor orang utan yang suka merokok ke sebuah pulau di dalam sebuah zoo di Jawa Tengah.Jurucakap Zoo Taru Jurug, Daniek Hendarto berkata kelmarin, orang utan itu yang bernama Tori dan teman hidupnya, Didik dipindahkan ke pulau tersebut.

Ohsenyum : Duit Terbakar Dalam Ketuhar Sebanyak RM49,473


Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya, lapor media Australia.Lelaki tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).

27 July 2012

Ohsenyum : Kereta Kebal Jadi Bahan Buangan


Ingatkan kereta biasa je yang jadi bahan buangan, tak sanggkah pula kereta kebal.....setiap benda yang di cipta oleh manusia ada susut nilainya juga.....kan!!! Maklumat mengenai gambar ini..tidak di kenal pasti, harap korang terhibur.....

Ohsenyum : Anjing Bantu Kucing Berjalan


Terharu nampak video ini....binatang pun ada perasaan tau.............



Ohsenyum : Udang Karang Gergasi Dilepaskan Semula


Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia.

Tak Leh Senyum : Bayi Baru Lahir Kena Sembelih


Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih.Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.


26 July 2012

Ohsenyum : Tangkapan Ikan Paling Besar


Khas untuk orang yang suka memancing.....tengok lah hasil tangkapan mereka ini, bukan 2-4 KG....dua kali ganda besar manusia!!!...... "Goreng Pun Sodap..."

Ohsenyum : Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Makanan


Sanggupnya dorang menarilah,menyembah lah....janji dapat makan dari mesin tu......


Ohsenyum : Muka Cute Tambah Cute Lagi


Ada juga pempuan macam ini ye..."sepoting"!!


Ohsenyum : Disebabkan Penceraian Habis Perabot Rumah Dirosakkan

Berang dengan perceraiannya, seorang lelaki membalas dendam ke atas bekas isterinya dengan menjahanamkan perabot mereka dan menuntut separuh daripada barangan itu sebagai haknya.Kevin Fiore, 56, menyebabkan kerosakan bernilai 5,184 (RM25,492) di rumah yang pernah didiami bersama bekas isterinya, Katrina, di Werrington, Staffordshire.

Tak Leh Senyum : Wanita Tertimbus Tanah 400 Tan


Seorang wanita terbunuh selepas tertimbus di bawah 400 tan runtuhan tanah dan batu ketika berjalan di tepi pantai Dorset, lapor media.Mangsa dikenali sebagai Charlotte Blackman, 22.

Ohsenyum : Suaminya baru tahu yang isterinya mengandung 5 Jam Sebelum Melahirkan


Seorang wanita tidak mengetahui dia mengandung dan melahirkan anak beberapa jam selepas mendapat perkhabaran gembira itu, setelah bertahun-tahun mencuba pelbagai rawatan untuk membolehkannya mengandung.

25 July 2012

Ohsenyum : Siram Minyak Membakar Diri


Inilah akibat, kalau nak buat perkara jahat....fikir dulu!! Cerita sebalik gambar ini tidak dapat dikenal pasti...harap maaf!


Ohsenyum : Ini Bukan Tiger Show


Ini adalah sukan, di negara India.....gila sukan macam ini, kena mahir betul-betul.....kalau tak!! patah kaki


Ohsenyum : Bakar Kapal Selam Sebab Bermasalah Dengan Kekasihnya


Seorang buruh di Amerika Syarikat membakar kapal selam nuklear milik tentera negara ini, USS Miami kerana dia mahu pulang awal, kata beberapa penyiasat tentera laut AS.Perbuatannya itu telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$400 juta (RM1.2 bilion) ke atas kapal selam tersebut.

Ohsenyum : Video Ikan Gergasi Sepanjang 3.33 Meter


Pasangan suami isteri, Michael dan Margaret Snell menunjukkan ikan gergasi sepanjang 3.33 meter yang mereka pancing ketika bercuti.Michael, 65, mengambil masa satu setengah jam untuk menaikkan ikan seberat 454 kilogram di Kanada yang dianggap ikan terbesar pernah ditangkap di Amerika Utara.

Ohsenyum : Motorsikal Terbakar Macam Filem Ghost Rider


Dalam kejadian menggerunkan seperti dalam filem Nicolas Cage, Ghost Rider, penunggang motosikal ini dirakam dengan dirinya dijilat api dan melompat dari motosikalnya yang terbakar.Bagaimanapun, ini bukan rakaman filem atau persembahan aksi berani.

24 July 2012

Ohsenyum : Pakaian Pelik Tapi Mantap


Memang mantaplah baju ini.....huhuhu....tak berminat ke?

Tak Leh Senyum : Kanak-kanak Mati Selepas Jatuh Dari Kenderaan


Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mati selepas terjatuh dari sebuah kenderaan lama berkuasa wap di sebuah muzium terbuka.Karl Doran dikatakan jatuh di bawah treler yang ditarik enjin itu dan mengalami kecederaan di kepala.

Ohsenyum : Rumahnya Dirempuh 5 Kereta Dalam Masa 2 Tahun


Sepasang suami isteri yang sudah bersara gagal menjual rumah mereka berharga 350,000 (RM1.75 juta) selepas kediaman itu dirempuh lima kereta dalam masa kurang dua tahun.Tom Wardle, 66 dan isteri, Shirley, 72, pernah membaiki tembok laman rumah mereka dua kali dalam masa sebulan selepas pemandu hilang kawalan ketika membelok berhampiran hartanah itu meskipun had laju di kawasan itu ditetapkan pada 48 kilometer sejam.

Ohsenyum : Video Cara Buat Cupcake Paling Mahal Di Dunia


Cupcake ini merupakan cupcake paling mahal di dunia dan dikenali sebagai Golden Pheonix. Dibuat daripada coklat yang terbaik dari ladang dan menggunakan emas 24 karat. Dan harga cupcake ini tak lah berapa mahal, lebih kurang RM3,180 seketul sahaja. Tak mahal kan….ala sebulan gaji je bagi pegawai, atau 3 bulan gaji bagi pembantu pegawai….kan.

23 July 2012

Ohsenyum : Cara Buat Senjata Di Pakistan

 Inilah cara buat senjata.....hasilnya, memang seni. Hebat bukan...!!



Ohsenyum : Arsenal Vs Malaysia 2012



Pasukan Arsenal akan mengadakan Perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Malaysia yang dijadualkan pada 24 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Manakala gambar ini, kedatangan pasukan Arsenal ke Malaysia.


Ohsenyum : Video Nenek Dibuli, Dapat Sumbangan RM2.21 Juta


Laman Indiegogo di internet berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak AS$703,873 (RM2.21 juta) dalam tempoh sebulan untuk diberikan kepada seorang nenek, Karen Klein yang dibuli sekumpulan budak sekolah.Kempen mengumpulkan derma itu dimulakan oleh seorang lelaki dari Toronto, Kanada, Max Sidorov, 25, di laman tersebut.

Tak Leh Senyum : Tumor Di Leher Dan Bahu Semakian Membesar


Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang mempunyai tumor pada badannya telah dibawa keluar dari sebuah kawasan perumahan yang berbahaya di Mexico dengan menggunakan kenderaan berperisai oleh ejen-ejen keselamatan Amerika Syarikat (AS), kata keluarganya.

Tak Leh Senyum : Ibu Michael Jackson Hilang


Seorang anggota keluarga Katherine Jackson berkata, ibu mendiang bintang pop, Michael Jackson itu hilang selepas cucunya gagal menghubunginya sejak seminggu lalu.Stesen televisyen CNN melaporkan awal semalam, anak saudara Jackson, Trent, membuat laporan mengenai kehilangan Katherine di Pejabat Syerif Los Angeles County.

Ohsenyum : Anak Kucing Tanpa Kaki Belakang

Anak kucing jantan yang bernama Anakin dilahirkan tanpa pelvis dan kaki belakang. Anakin dijumpai oleh tuannya Carrie Hawks, 36 dari Florida, sedang mengengsot mencari makan di tepi jalan. Berasa kasihan, Carrie mengambil keputusan untuk membela Anakin.

22 July 2012

Ohsenyum : Jom Makan Aiskrim Yang Pelik


Pelik kah asikirm ini......bagi aku pelik.....

Ohsenyum : Anjing Makan Kucing


Fuuuuwoooo ganasnya anjing ini, tengok je gigi taringnya......matilah kucing ini!!! Tapi ajal maut di tangan tuhan kan....

Ohsenyum : Manusia Menukar Identiti Menjadi Binatang

Agak pelik untuk manusia menukar identiti atau pun rupa bentuknya kepada bentuk lain lebih-lebih lagi berubah kepada bentuk binatang.Tetapi, tidak mustahil untuk lelaki tua, Alfred David, 79, yang berasal dari Brussels, Belgium untuk menukar identitinya.

Ohsenyum : Pemuda Yang Melakukan Pembunuhan Beramai-ramai Adalah Joker

Pemuda yang melepaskan tembakan rambang terhadap penonton di sebuah pawagam ketika tayangan filem Batman, ‘The Dark Knight Rises’ di sini kelmarin, mendakwa kepada polis bahawa dialah ‘Joker,’ musuh Batman.James Holmes, 24, memberitahu demikian ketika disoalsiasat. “Dia berkata ‘Sayalah Joker’ kepada penyiasat,” kata pegawai kanan polis New York, Ray Kelly seperti yang dipetik oleh stesen televisyen ABC.

Ohsenyum : Anjing Melahirkan seekor Anak Kucing


Seorang lelaki mendakwa anjing peliharaannya melahirkan seekor anak kucing awal minggu lalu.“Memang benar. Ia satu keajaiban. Selepas haiwan itu dilahirkan, saya tidak percaya apa yang saya lihat. Ia kelihatan seperti kucing dan bunyi seperti kucing. Jadi bagaimana ia boleh jadi anak anjing,” kata Jeong Pyong-bong, 63 kepada akhbar Korea Herald ketika menunjukkan ibu anjing dan anak yang dilahirkannya.

21 July 2012

Ohsenyum : Tentera Macam Inilah Diperlukan


Terpegun melihat cara mereka bergerak.......mengkagumkan

Tak Leh Senyum : Akibat Terkena Jangkitan Tikus

Seorang lelaki dari Oregon yang dijangkiti penyakit jangkitan tikus yang jarang berlaku, kehilangan semua jari tangan dan kaki, dibenarkan keluar dari hospital, kata pihak berkuasa pusat perubatan berkenaan.

Ohsenyum : Pembunuhan Beramai-ramai Semasa Filem Batman Ditayangkan


Sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 50 lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang yang sesak dengan orang ramai ketika tayangan perdana filem terbaru Batman di Colorado.

Ohsenyum : Pakaian Pengantin Sengaja Dirosakkan


Walaupun kebanyakan wanita mahu memastikan pakaian pengantin mereka berada dalam keadaan terbaik, sesetengah yang lain sengaja merosakkannya atas nama seni.
Amalan aneh dikenali sebagai Trash The Dress itu semakin popular di seluruh dunia, dengan ramai wanita menempah jurugambar bagi merakamkan gaun pengantin mereka dirosakkan. Tujuannya - mencipta imej kontras yang berkesan bagi mengiringi keindahan gaun pengantin yang dipakai mereka. Hasil daripada kerja seni itu memang dramatik.

20 July 2012

Ohsenyum : Gambar Ilusi Yang Pelik Tapi Menarik


Gambar ini boleh dikatakan ilusi atau 3D....entahlah....yang penting ianya menarik, harap korang terhibur..


Ohsenyum : Tunggu Dan Lihat


Perhatikan saja remaja tersebut.... :)


Ohsenyum : Cedera Parah Selepas Memasukkan Pam Angin Ke Dalam Duburnya


Gara-gara bergurau tidak kena tempat, seorang budak lelaki berusia 13 tahun cedera parah selepas dua lelaki memasukkan pam angin yang digunakan di bengkel baiki kenderaan, ke dalam duburnya.Akibat perbuatan bodoh, Du Chuanwang, dari Shandong cedera parah termasuk mengalami pendarahan dalaman dan kegagalan organnya berfungsi.

Ohsenyum : Meninggal Dunia Setelah Bermain Game Selama 40 Jam Tanpa Henti


Seorang remaja ditemui mati di kafe siber selepas dikatakan bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.Remaja lelaki berusia 18 tahun itu dipercayai rebah ketika sesi marathon Diablo 3. Dia ditemui oleh pekerja kafe siber di Tainan, di selatan negara ini. Mangsa dipercayai tidak makan selama dua hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...