 |
| Ned Kelly
|
Rangka penjenayah yang paling kejam di Australia
akan dikembalikan kepada keluarganya selepas 132 tahun dia dihukum mati.Pegawai
kerajaan negeri Victoria semalam berkata, rangka penjenayah itu, Ned Kelly akan
diberikan kepada waris keturunannya.
 |
| Rangka dari kumpulan Kelly |
Kelly mengetuai sekumpulan perompak bank di
Victoria pada abad ke-19 dan dia telah dihukum gantung pada tahun 1880.Lokasi
mayatnya tidak diketahui sejak beberapa dekad lalu namun tengkoraknya
dilaporkan hilang dicuri.
 |
| Alat digunakan kumpulan Kelly |
Namun, pada tahun lepas beberapa saintis
forensik mengenal pasti rangka itu milik Kelly selepas ia ditemui di dalam
sebuah kubur besar di sebuah penjara yang telah ditutup pada 1929.Waris-waris
keturunan Kelly mahu rangka itu dikembalikan kepada mereka supaya satu upacara
pengebumian yang teratur boleh dilakukan. -Kosmo
ned kelly's rawk!!
ReplyDelete