Kira-kira sembilan daripada 10 pengguna
Facebook menggunakan kemudahan rangkaian sosial itu untuk mengintip aktiviti
bekas kekasih masing-masing.Tesis sarjana seorang mahasiswa Universiti Ontario
Barat menunjukkan, 88 peratus pengguna Facebook memeriksa halaman bekas kekasih
mereka untuk mendapatkan pelbagai maklumat.
Kajian mendapati, ramai pengguna Facebook
mendaftar masuk ke laman sosial popular itu menggunakan akaun rakan mereka bagi
memudahkan aktiviti mengintip dilakukan.Sesetengah mereka juga memadamkan
gambar yang boleh mengingatkan kepada detik bercinta.Sebahagian pengguna
Facebook pula membaca kembali catatan yang dimuatkan dalam akaun bekas kekasih
masing-masing.
Selain itu, ada juga individu yang
menggunakan Facebook untuk merosakkan hubungan bekas kekasih dengan orang lain.
Penulis tesis itu, Veronika Lukacs, berkata dia membuat analisis mengenai
Facebook kerana ia memberi kesan sosial yang serius.
Kata Veronika, 25. hampir setiap pengguna
Facebook melakukan aktiviti mengintip bekas kekasih itu. “Kajian sama
menunjukkan, 48 peratus pengguna Facebook terus bersahabat dengan bekas kekasih
mereka, manakala 74 peratus pula cuba mengetahui setiap perkembangan buah hati
bekas kekasih mereka,” katanya. -HM



No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......