Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat
jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba
ponteng sekolah.Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita
kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.
De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.
Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat
hati untuk meminta tolong.Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari
pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.Anggota bomba
kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.
Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya.
Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu
gementar ketika melompat pagar berkenaan.Keadaan itu, katanya, menyebabkan
tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir
ketika memanjat pagar,” katanya.-HM


No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......