Berapa lama badan anda mampu bertahan tanpa
makan dan minum?Purata menunjukkan manusia mampu bertahan selama 50 hari tanpa
makan dan minum dan rekod paling lama adalah 74 hari.Namun, sesuatu yang agak
mengejutkan apabila seorang lelaki di India, Prahlad Jani, 82 mendakwa yang
dirinya tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.
Tambah mengejutkan, tanpa makan dan minum,
dia mampu bertahan dan mampu menjalani rutin harian seperti orang lain.Oleh
kerana keunikan yang berlaku pada Prahlad, dia telah dikuarantin bagi tujuan
kajian di sebuah hospital di Ahmedabad, dalam daerah Gujarat, India.
Selama enam hari diisolasi, Prahlad tidak
pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan sebarang gejala
penurunan stamina atau dehidrasi.Pada masa yang sama, kajian masih lagi
dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan ‘keunikan’
yang ada pada diri Prahlad.
Dalam tempoh isolasi itu juga, selain tidak
makan dan minum, Prahlad juga tidak pernah membuang air kecil dan air besar.Prahlad
tetap menunjukkan sikap serta tingkah laku yang positif tanpa sebarang
tanda-tanda kelemahan.
Doktor akan memantau dalam tempoh 15 hari
lagi sebelum membuat konklusi serta kajian penuh pada Prahlad.Pihak perubatan
turut memantau jika-jika Prahlad mengalami kekejanagn otot, dehidrasi yang
serius sera kegagalan organ.-HM



No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......