Tara Das berkata, dia generasi kelima dalam
keluarganya yang bekerja di rumah pelacuran yang sama di Bangladesh, tetapi
kini dia terpaksa berdepan dengan penunjuk perasaan Islam yang mahu
perniagaannya ditutup.
Bandar pelacuran di Madaripur dikatakan telah
beroperasi sejak kira-kira 150 tahun lalu dan pekerja seks percaya, tunjuk
perasaan yang semakin meningkat sekarang didalangi oleh syarikat pemaju yang
mahu mengambil alih tanah di situ.
Bulan lalu, kira-kira 10,000 orang yang diketuai oleh kumpulan Islam, Islahe Kaom Parishad (Majlis Reformasi Kebangsaan) mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks lama dan menggesa ia ditutup dan 500 pelacur dihalau keluar.
“Sejak mereka mengadakan tunjuk perasaan
besar-besaran, saya tidak boleh tidur. Beritahu saya di mana saya perlu pergi?
Ini rumah saya dan ini pekerjaan yang saya tahu sejak saya kecil. Bantu
selamatkan kami dari ketua agama ini,” kata Tara.
Rumah pelacuran itu dibuka untuk pedagang jut ketika zaman kolonial Britain. Ia adalah bangunan batu berlumut tiga tingkat dengan atap zink di tengah-tengah bandar Madaripur, 60 kilometer dari Dhaka. -HM



turun menurun .. ish3
ReplyDeletejom join GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html