Bella Mae, anjing bulldog berusia tiga tahun
dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas
diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.
Scroll down for video :
Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.
Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.
Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk
Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan
landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan. -HM
News9.com - Oklahoma City, OK - News, Weather, Video and Sports |






No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......