Pekerja di Jabatan Pembersihan Masjidil Haram hanya mengambil masa 35 minit untuk membersihkan seluruh perkarangan masjid berkenaan.Pengarah jabatan, Humood Al-Ayada berkata, pihaknya meningkatkan operasi pembersihan sepanjang Ramadan sementara rancangan operasi dilaksanakan untuk membersih kawasan tawaf dan sai secepat mungkin.
Srcoll down for video :
Beliau juga berkata, 127 tan sampah
dikumpulkan dari seluruh Masjidil Haram sementara pada sepanjang 10 hari
terakhir bulan puasa, jumlah sampah meningkat kepada 270 tan.
Sebanyak 30,000 permaidani ditempatkan di
seluruh masjid selepas dibasuh, dibersih dan disemburkan dengan minyak wangi.
Kerja pembersihan itu dilakukan 3,000 pekerja lelaki dan wanita dengan diawasi
oleh 250 penyelia yang memastikan segala kerja dijalankan seperti yang
dirancang. Menurut Humood, 300 kelengkapan pembersihan digunakan sepanjang 24
jam bagi memastikan Masjidil Haram sentiasa bersih sementara 3,500 tandas
dicuci di akhir setiap waktu solat. -HM


No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......