Rakaman video menjijikkan yang kelihatan
menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk
melepaskan geram muncul di Internet, semalam.Dalam video yang dimuatnaikkan ke
YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu
menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk
dipersenda.
Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.
Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh
sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat
yang menyerupai Gaddafi.Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta
terkulai.Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil
bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.
Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.
Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari
van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.
Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis
antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang
perlu menghantar ini kepada Bashar.” rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh
akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana
yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan kurang dua minggu selepas
pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti
liberal sekular.
Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. -HM
Inilah videonya, kalau dorang ini islam,
sudah tentu dorang tahu menghormati mayat tersebut. Janganlah kita menjadi
salah satu daripada mereka…..!!
Lihat sebelum video ini di didelete oleh
pihak-pihak tertentu…




No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......