31 July 2012

Ohsenyum : Produk Baru Dari Negara Switzerland Stokin Tahan Lasak



Ia tidak mungkin menjadi fesyen kegemaran tetapi stokin yang dibuat daripada kevlar ini direka untuk menggantikan kasut dan membuat pemakai berasa seperti berkaki ayam.Dipakai tanpa kasut, Stokin Perlindungan Switzerland itu juga mempunyai ruang untuk setiap jari anda, sama seperti jari tangan pada sarung tangan. 

Scroll down for video : 


Direka oleh Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, stokin itu diperkukuhkan dengan tapak PVC yang membantu menjadikannya kalis luka. Syarikat Switzerland itu percaya stokin berkenaan sesuai untuk mereka yang suka berjalan kaki ayam dan boleh digunakan untuk aktiviti luar seperti mendaki tebing batu.


Pemilik Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, Dieter Hesch berkata: “Kajian secara teknikal dan rekaan mengambil masa bertahun-tahun sebelum kami dapat mencipta stokin berkenaan.“Saya gembira dengan hasilnya dan saya berpendapat Stokin Perlindungan Switzerland ini boleh menjadi fesyen.  
“Kami juga berusaha menghasilkan rekaan stokin baru yang kami percaya boleh digunakan oleh pelari dalam acara maraton.” Stokin itu dikeluarkan dengan saiz panjang dan pendek dan boleh dibeli dengan harga 45 (RM225). -HM



No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...