22 July 2012

Ohsenyum : Manusia Menukar Identiti Menjadi Binatang

Agak pelik untuk manusia menukar identiti atau pun rupa bentuknya kepada bentuk lain lebih-lebih lagi berubah kepada bentuk binatang.Tetapi, tidak mustahil untuk lelaki tua, Alfred David, 79, yang berasal dari Brussels, Belgium untuk menukar identitinya.




Di Brussels, Alfred lebih dikenali sebagai ‘Monsieur Pingouin’ atau ‘Tuan Penguin’ kerana cara dia berjalan di khalayak ramai seolah-oleh seperti seekor penguin.Pada Mei 1968, Alfred telah ditimpa kemalangan yang menyebabkan kecederaan di bahagian punggungnya.


Akibat dari kecelakaan tersebut, Alfred telah disahkan oleh doktor yang dia tempang untuk seumur hidup.Walaupun tempang, Alfred masih lagi mampu untuk berjalan cuma aksi berjalannya terkedek-kedek dan itu menyebabkan orang ramai memanggilnya dengan gelaran Monsieur Pingouin.


Langsung tidak berkecil hati dengan panggilan yang diberikan, Alfred menerima nama samarannya itu dan secara tiba-tiba dia menjadi obses untuk menjadi seekor penguin.
Sejak dari itu, dia mula memakai kostum penguin apabila keluar berjalan di sekitar bandar dan terlalu fanatik untuk mengumpul barang-barang berbentuk penguin.Alfred masih lagi gembira dan selesa untuk menjadi penguin walaupun sudah lebih dari 40 tahun dia menjadi seekor ‘penguin’.-MYNEWSHUB


No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...