Anggota tentera menemui lebih dua tan ganja
yang disembunyi dalam kubur di tanah perkuburan di timur laut Mexico, kata
Kementerian Pertahanan.Anggota tentera yang melakukan rondaan di kampung Los
Villa Nueva, di pinggir bandar sempadan Ciudad Camargo, menemui 241 pakej ganja
yang disembunyikan dalam dua buah kubur yang diletak kepingan batu di atasnya.
Tentera Mexico berkata, jumlah dadah yang
ditemui seberat 2.241 tan. Ciudad Camargo terletak kira-kira 775 kilometer
di utara bandar Mexico, di selatan Sungai Grande, iaitu sungai yang memisahkan
sempadan antara Tamaulipas di Mexico dan Texas di Amerika Syarikat.
Kawasan di sekitar Ciudad Camargo adalah daerah paling berbahaya di negara itu, kerana sering berlaku pertempuran sisa kartel dadah Gulf dengan kumpulan separa tentera Zetas untuk merebut laluan penyeludupan dadah masuk ke Amerika Syarikat yang menguntungkan. -HM

No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......