Fiore berkahwin dengan Katrina, 39, selama tiga tahun selepas bertemu kali pertama 14 tahun lalu.Selepas berpisah, bapa kepada dua anak itu memotong sofa di rumah itu menjadi dua bahagian dan menulis “Kev’s half” di atas kusyen berkenaan.Sebuah almari pakaian, meja solek dan dua set laci turut dirosakkan Fiore, selain tangga loteng dan bilik mandi.
Fiore adalah pemilik syarikat pembinaan
sebelum diisytihar bankrap.Dia mengaku salah atas tuduhan merosakkan harta
benda Katrina.Hakim Mark Eades mengarahkan dia diletakkan di bawah pengawasan
selama dua tahun. “Ia kejam dan tidak menyenangkan, tetapi kerosakan hanya
berlaku ke atas perabot dan nilai kerugian ditentukan mahkamah,” katanya. Dalam
perbicaraan, mahkamah diberitahu, Katrina meninggalkan Fiore Mac tahun lalu.
Pada 10 September 2011, Katrina menerima
mesej pesanan ringkas menyatakan “Tiada apa yang tinggal, semuanya musnah.”
Pendakwa berkata, Katrina pulang dan mendapati sebahagian daripada perabot di
rumahnya dirosakkan. Fiore menghantar mesej meminta maaf keesokan harinya.
Selepas ditahan polis, Fiore mendakwa dia
“hilang kawalan” dan segala-galanya menjadi serba tidak kena selepas
perceraiannya.Mahkamah diberitahu, Fiore cuba menjual rumah berkenaan tetapi
diminta memecahkan sebahagian daripada binaan di situ kerana dibina tanpa
kebenaran. -HM





No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......