13 June 2012

Ohsenyum : Cara Tower Bridge Dibina


Tower Bridge adalah gabungan jambatan imbang dan gantung di London, England di atas Sungai Thames. Ia berdekatan dengan Menara London, yang memberikannya nama itu. Ia telah menjadi suatu lambang berikon London dan kadangkala tersilap panggil Jambatan London, sedangkan Jambatan London sebenarnya ialah jambatan berikutnya ke arah hulu.

Jambatan Menara dimiliki dan dikekalkan oleh Bridge House Estates, sebuah amanah dermaan yang dikawal oleh Perbadanan Bandaraya London. Jambatan ini terdiri dari dua menara yang diikat bersama pada tingkat atas dengan dua laluan mendatar yang direka bentuk untuk menahan daya mendatar yang dikenakan oleh bahagian jambatan yang bergantungan di kiri dan kanan.


Komponen menegak pada bahagian-bahagian digantung dan reaksi menegak dua laluan ditampung oleh dua menara yang kuat dan tegap. Pangsi imbang dan mesin menjalankannya terletak di dasar setiap menara. Warna terkininya muncul sejak 1977 apabila ia dicat merah, putih dan biru untuk Jubli Perak Ratu Elizabeth. Sebelum ini, ia dicat perang coklat.





 











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...