12 May 2012

Ohsenyum : Wajah seperti orang Tua 70 tahun


Wajah Sebelum Pembedahan

 Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doctor.



Selepas Pembedahan
 Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun. Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu. Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.

Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru. Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini. Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.
Abangnya sebelah kanan
"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa. Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. -Kosmo

No comments:

Post a Comment

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...