23 May 2012

Ohsenyum : Menara Bangunan Paling Tinggi Di Dunia 2012

 Menara tertinggi di dunia dan mercu tanda terbesar Jepun, Tokyo Skytree, dibuka kepada umum. Hampir 8,000 pelawat dijangka menggunakan lif laju untuk tiba ke dek peninjau terletak di menara setinggi 634 meter itu bagi menandakan pembukaannya.



 Sesetengah pelawat dilaporkan berbaris lebih seminggu untuk mendapatkan tiket ke situ walaupun cuaca Tokyo berawan. Skytree diiktiraf menara tertinggi mengatasi Menara Canton di China (600 meter).
 Binaan tertinggi di dunia ketika ini ialah Burj Khalifa di Dubai (828 meter). Skytree bertindak sebagai menara pemancar bagi televisyen dan radio, selain menjadi tarikan pelancong.-HM


1 comment:

  1. Bisnes Paling Mantop !!
    http://mantopbro.blogspot.com

    ReplyDelete

Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...