Pegawai Kementerian
Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100
(RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok.
Satu dokumen sulit
mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan
untuk mencapai matlamat itu. Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok
dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang
lain, matlamat itu tidak akan dicapai.
Tetapi, sekiranya
harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan
cukai lain, dasar itu akan berjaya.
Ramalan itu
terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News
di bawah Akta Maklumat Rasmi. Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu
tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu
berkenaan.
Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: “Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok.
“Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian.-HM

No comments:
Post a Comment
Sorry guna verification, untuk elek dari SPAM Anonymous......